Rabu, 29 November 2017 | 1:13pm
DATUK Lee Chee Leong berucap sempena Majlis Pelancaran MyDigital Leaders Convention 2017 di Malaysia Agro Exposition Park(MAEPS), Serdang.- Foto Zulfadhli Zulkifli

Konvensyen Kepimpinan MyDigital tarik lebih 1,600 peserta

SERI KEMBANGAN: Konvensyen Kepimpinan MyDigital 2017 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang disertai lebih 1,632 peserta dan 30 pempamer.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata konvensyen pertama kali dianjurkan dengan tema Transformasi Digital : Kecekapan Digital Sektor Awam itu dianjurkan dengan objektif untuk memupuk budaya digital ke arah kemampanan era digital baharu Malaysia sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) dan Pelan Strategik ICT.

"Konvensyen Kepimpinan MyDigital 2017 bukan hanya untuk memupuk tahap kecekapan digital dalam sektor, bahagian dan unit agensi kerajaan, malah untuk memperkasakan pengetahuan bagi memacu pelan strategik ICT ke arah inovasi baharu dalam aspek penyampaian digital kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibaca oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong sempena perasmian Konvensyen Kepimpinan My Digital 2017 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan, Datuk Seri Hashmuddin Mohammad.

Johari menggesa kakitangan awam mengkaji bagaimana untuk menggunakan teknologi ke arah kerajaan digital menerusi inisiatif Kecekapan Digital Kerajaan, Kesediaan dan Keupayaan (DGCCR) yang diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Kita (kakitangan awam) harus mengkaji bagaimana boleh menggunakan teknologi digital yang diterjemahkan menerusi strategi RMKe-11 menjelang tahun 2020.

"Kita sudah melaksanakan kemajuan besar, namun kita harus mengakui bahawa terdapat lebih banyak usaha yang perlu dilakukan jika mahu memanfaat sepenuhnya kerajaan digital," katanya.

Info:

Konvensyen Kepimpinan MyDigital

* Disertai lebih 1,632 peserta

483 dibaca
Berita Harian X