Jumaat, 12 Oktober 2018 | 7:06pm
RINGGIT kembali kukuh untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat. - Foto hiasan

Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar

KUALA LUMPUR: Ringgit kembali kukuh untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh sentimen pasaran yang positif.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1530 / 1560 daripada 4.1580 / 1600 pada penutup semalam.

Faktor lain yang mempengaruhi kenaikan ringgit adalah peningkatan harga minyak mentah Brent yang diniagakan pada AS$80.88 setong, naik 0.77 peratus.

“Mungkin dengan Bajet 2019 akan datang, kerajaan akan mengumumkan belanjawan yang mampu meningkatkan ekonomi dan pada masa yang sama mengurangkan hutang," katanya peniaga sambil menambah bahawa ia akan menarik banyak pelabur asing ke negara ini.

Sementara itu, berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit didagangkan bercampur-campur.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0149 / 0175 daripada 3.0124 / 0143, susut berbanding euro kepada 4.8092 / 8139 daripada 4.8054 / 8094 pada Khamis tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.6971 / 7008 daripada 3.7052 / 7080 dan meningkat kepada 5.4861 / 4917 daripada 5.4873 / 4916 terhadap pound British. - BERNAMA

185 dibaca
Berita Harian X