Selasa, 13 Februari 2018 | 10:14pm
- Gambar hiasan

Saham AS kembali susut

BENGALURU: Niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) menunjukkan pembukaan rendah di Wall Street pada Selasa, menamatkan momentum keuntungan dua hari sebelum ini.

Pada 6.53 a.m. (1153 GMT), e-mini Dow menyusut 183 mata, e-mini S&P 500 menurun 17.25 mata dan e-mini Nasdaq susut 46.75 mata.

Indeks utama menokok kira-kira tiga peratus pada Isnin dan Jumaat lalu, tempoh dua hari terbaik sejak Jun 2016, selepas menyusut empat daripada lima sesi dagangan sebelumnya, sekali gus ditutup pada prestasi terburuk dalam tempoh dua tahun.

Kejatuhan itu menyebabkan penanda aras S&P 500 dan Dow Jones Industrial Average melenyapkan keuntungan yang dicatatkan tahun ini dan berada 0.5 peratus dan 0.7 peratus lebih rendah pada 2018.

Nasdaq bagaimanapun masih berada berada di paras positif dengan mencatatkan 1.4 peratus keuntungan untuk 2018 pada Isnin.

-REUTERS

187 dibaca
Berita Harian X