Selasa, 13 Februari 2018 | 10:26am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, melanjutkan keuntungan ke atas minat belian yang berterusan dengan sentimen yang berkurangan.

Ia berikutan prestasi semalaman di Wall Street yang lebih baik, kata peniaga.

Pada jam 9.11 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,833.06, naik 3.04 mata selepas dibuka 3.64 mata lebih baik iaitu 1,833.81 berbanding penutup semalam iaitu 1,830.17. - BERNAMA

112 dibaca
Berita Harian X