Isnin, 12 Februari 2018 | 2:41pm
AADRIN Azly. - Foto Supian Ahmad

Petronas Dagangan tawar hadiah bernilai RM8,888

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) menawarkan hadiah bernilai RM8,888 dalam bentuk Petronas Gift Card dan mata kesetiaan Mesra antara 12 Feb dan 15 Mac, sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu berkata promosi tersebut turut menawarkan lapan Petronas Gift Card masing-masing bernilai RM888 serta 8,800 mata Mesra untuk 88 pemenang dan 800 mata Mesra kepada 8,888 pemenang.

"Pelanggan hanya perlu membuat isian bahan api Petronas Primax sekurang-kurangnya bernilai RM38​​​​​​​ untuk berpeluang meraih hadiah ini," menurutnya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly berkata Pelan Kemalangan Peribadi Mesra (Mesra PA) melalui program Axxess menyediakan faedah hospital dan kematian akibat kemalangan ​​​​​​sehingga RM50,000 kepada anggotanya.

"Pelan itu kini ditawarkan pada hanya RM1 (100 mata Mesra) sebulan, apabila mereka membelanjakan ​​​​​​​minimum RM100 sebulan di mana-mana stesen Petronas di seluruh negara.

"Sempena musim perayaan ini, pemegang kad Mesra yang berdaftar dengan Pelan Kemalangan Peribadi​​​​​​​ Mesra sebelum 28 Feb, 2018 akan menerima hadiah manfaat Mesra PA pada bulan pertama," katanya. - BERNAMA

255 dibaca
Berita Harian X