Jumaat, 9 Februari 2018 | 9:56pm

IGB catat untung sebelum cukai RM134.87 juta

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IGB Corporation Bhd (IGB) meningkat kepada RM134.87 juta pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017, berbanding RM89.17 juta pada suku keempat 2016.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat berkenaan berkata, perolehan meningkat kepada RM329.35 juta berbanding RM282.87 juta pada suku keempat 2016, berikutan masuk kira perolehan sebanyak RM61.9 juta daripada jualan tanah oleh sebuah anak syarikat, yang menampung perolehan rendah daripada bahagian perhotelan.

IGB terbabit dalam aktiviti pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah.

Kegiatan utama syarikat berkenaan termasuk pembangunan hartanah, pelaburan dan pengurusan, operasi perhotelan serta pembinaan.

- BERNAMA

274 dibaca
Berita Harian X