Jumaat, 9 Februari 2018 | 8:31pm

RHB ambil alih baki pegangan firma Vietnam

KUALA LUMPUR: RHB Bank Bhd menandatangani perjanjian dengan Chu Thi Phuong Dung, Truong Lan Anh dan Viet Quoc Insurance Broker Joint Stock Company untuk mengambil alih baki 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Vietnam Securities Corporation (VSEC) bernilai RM21.29 juta.

Pengambilalihan itu merangkumi 6,885,000 saham biasa sedia ada VSEC berharga 10,000 Dong Vietnam (VND) setiap satu untuk pertimbangan pembelian 121.62 bilion VND (RM21.28 juta), yang akan dijelaskan sepenuhnya secara tunai.

"Cadangan pengambilalihan itu tertakluk kepada kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Negeri (SSC) Vietnam.

"Dengan menandatangani perjanjian itu, RHB Bank akan mengemukakan permohonan kepada BNM dan SSC Vietnam SSC untuk kelulusan cadangan pengambilalihan dan penukaran status VSEC daripada syarikat saham bersama kepada syarikat liabiliti terhad tunggal," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Setelah selesai pengambilalihan dan kelulusan yang berkaitan, VSEC akan menjadi anak syarikat milik penuh RHB Investment Bank, yang merupakan anak syarikat milik penuh RHB Bank.

Ia berkata, pengambilalihan yang dicadangkan itu tidak akan memberi kesan kepada modal saham terbitan dan pegangan pemegang saham utama RHB Bank serta dijangka tidak mempunyai sebarang kesan penting ke atas pendapatan dan aset bersih RHB Bank dan anak syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 3 Disember 2018.

Pengambilalihan itu dijangka selesai pada suku kedua 2018.

-BERNAMA

103 dibaca
Berita Harian X