;
Selasa, 6 Februari 2018 | 7:47am
TCEC menawarkan harga promosi sempena kempen 'Favours The Bold' Renault.

Harga istimewa Renault sempena Kempen 'Favours The Bold'

TC Euro Cars Sdn Bhd (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia menawarkan harga promosi bagi kenderaan jenama itu sempena kempen 'Favours The Bold' Renault.

Menerusi kempen itu, pelanggan yang membeli kenderaan utiliti sukan (SUV) premium Renault, Koleos akan menerima pakej servis dan penyelenggaraan percuma bernilai RM6,850 dan ia boleh didapati dalam dua versi 2WD dan 4WD dengan harga bermula RM184,200.

Bagi Renault Captur yang ditawarkan pada harga RM109,000, ia boleh didapati menerusi kempen berkenaan dengan harga RM98,000 serta merangkumi tawaran servis selepas jualan 5inCaptur.

Sebagai tambahan, mereka yang mahukan kenderaan jenis sedan, Renault Fluence ditawarkan dengan harga istimewa iaitu RM89,888, penjimatan sebanyak RM30,000 untuk varian Dynamique yang berharga RM119,888.

Promosi berakhir 31 Mac

Menurut kenyataan daripada TCEC, tawaran promosi ketiga-tiga model berkenaan berakhir pada 31 Mac 2018.

Katanya, kempen berkenaan turut menawarkan peluang kepada pembeli untuk membawa pulang sebuah kereta elektrik Renault, Twizy bernilai RM86,800, selain sembilan hadiah percutian bernilai RM13,500.

"Pemenang hadiah percutian akan ditentukan setiap dua bulan daripada cabutan bertuah sepanjang kempen berlangsung. Manakala pemenang Renault Twizy akan ditentukan pada Julai selepas kempen berakhir," katanya.

Disertakan jaminan lima tahun

TCEC berkata, pembelian Koleos, Captur dan Fluence turut disertakan jaminan pengeluar selama lima tahun serta jarak perbatuan tanpa had.

"Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan bukannya mana-mana syarikat insurans. Ini bermakna, terma, syarat dan alat ganti yang ditawarkan adalah konsisten sejak tahun pertama tamat tempoh jaminan," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Renault di pautan www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

INFO

  • Tawaran promosi berakhir 31 Mac 2018
  • Berpeluang memenangi Renault Twizy bernilai RM86,800
287 dibaca
Berita Harian X