;
Isnin, 5 Februari 2018 | 4:51pm
MINI Urbanite.
MINI Amplified.
MINI Amplified.

MINI Malaysia perkenal MINI Hatch edisi terhad

CYBERJAYA: Sempena menyambut kedatangan Tahun Baru Cina, jenama kenderaan premium kompak, MINI Malaysia hari ini memperkenalkan dua model MINI Hatch edisi terhad terbarunya iaitu MINI Urbanite dan MINI Amplified.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun, berkata kedua-dua model MINI edisi terhad itu kini boleh didapati di semua bilik pameran sah MINI di seluruh negara bermula hari ini.

"Direka dengan profil MINI Cooper 5 pintu, MINI Urbanite Edition tampil dengan gaya lebih 'garang' menerusi penggayaan semula yang ketara serta beberapa penambahan membuatkan kenderaan itu kelihatan lebih moden dan premium.

"Dikuasakan enjin tiga silinder dengan empat injap pada setiap silinder, MINI Urbanite Edition mampu menghasilkan kuasa 136 (hp) dan tork 220 Nm. Ia mampu mencapai kelajuan maksimum 207 kilometer sejam (km/j) serta memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dengan catatan masa 8.1 saat.

"Selain itu, ia juga hanya menggunakan 5 liter bahan api bagi setiap 100 kilometer," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, selain disertakan ciri standard seperti Bluetooth dan USB pada MINI Connected, ia kini dilengkapi sistem kamera undur bersama garis panduan dan penanda halangan yang mengesan objek.

Bagi MINI Amplified Edition, beliau berkata, dibina berasakan kepada model MINI Cooper S 3 Pintu untuk golongan elit berjiwa sporty.

"Dilengkapi kit John Cooper Works Aerodynamic, MINI Amplified Edition didatangkan spoiler belakang serta dilengkapi gril berwarna hitam yang sepadan dengan kemasan pada lampu utama dan belakang untuk gaya lebih garang.

"Dari segi prestasinya, ia menawarkan kuasa 211 (hp) dan tork 300 Nm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam catatan masa 6.7 saat dengan pecutan maksimum 233 km/j.

"Ruang dalamannya pula disertakan tempat duduk John Cooper Works dan perehat kepala dibalut dengan kulit Alcantara, kontras dengan Red Dinamica yang dibina untuk memastikan keselesaan pemandunya," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, bagi ciri-ciri standard, kedua-dua model terbabit dilengkapi lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang, lampu belakang LED, lampu kabus dan lampu pemanduan automatik.

Selain itu, ia turut disertakan alat pengesan hujan, serta Park Distance Control untuk memudahkan pemandu keluar dan masuk dari ruang parkir sempit.

Kedua-dua model dilindungi program Bantuan Tepi Jalan selama lima tahun MINI Malaysia

INFO

MINI Urbanite Edition

-Harga: RM 198,888.00 (tidak termasuk insurans)

- Warna: Midnight Black dengan Red Racing Stripes; Blazing Red atau Pepper White dengan Black Racing Stripes.

MINI Amplified Edition

-Harga:RM 248,888.00 (tidak termasuk insurans)

- Warna: Midnight Black dengan jalur perlumbaan merah; Chilli Red atau Pepper White bersama jalur perlumbaan berwarna hitam.

911 dibaca
Berita Harian X