Isnin, 12 March 2018 | 8:44pm
DATUK Seri Mustapa Mohamed berucap pada majlis perasmian Program Hasanah bersama Rakyat di UMK Kampus Jeli. - Foto Fathil Asri
DATUK Seri Mustapa Mohamed bersalaman dengan orang ramai selepas merasmikan Program Hasanah bersama Rakyat di UMK Kampus Jeli. - Foto Fathil Asri
ORANG ramai hadir pada Program Hasanah bersama Rakyat di UMK Kampus Jeli. - Foto Fathil Asri
DATUK Seri Mustapa Mohamed merasmikan Program Hasanah bersama Rakyat di UMK Kampus Jeli. - Foto Fathil Asri

10,000 hadir program HBR

JELI: Kira-kira 10,000 pengunjung menyertai program Hasanah Bersama Rakyat (HBR) kali ketiga anjuran Khazanah Nasional di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, di sini.

Program bersama Yayasan Hasanah itu adalah lanjutan daripada program Hari Hasanah yang diadakan pada 4 September tahun lalu yang bertujuan menggalakkan orang ramai menyumbang masa dan tenaga untuk berbuat amal kebajikan serta memupuk perpaduan dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata program itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada penduduk Jeli terutama kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) mengenai teknologi, maklumat, pendidikan, seni budaya serta warisan.

"Menerusi program ini, penduduk dapat mengetahui peranan Khazanah yang menguruskan aset negara dengan cemerlang sehingga bukan saja memberi keuntungan, malah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

"Pelbagai aktiviti juga diadakan seperti pertandingan dikir barat, bengkel animasi, mewarna, serta pendidikan yang mampu membangkitkan perasaan muafakat dan perpaduan dalam kalangan pengunjung," katanya selepas merasmikan HBR, di sini.

233 dibaca
Berita Harian X