Ahad, 11 March 2018 | 8:39pm
KETUA Polis Johor, Komisioner Datuk Mohd Khalil Kader Mohd (tengah) menyaksikan Superintendan Zakaria Abd Rahman (kiri) berjabat tangan dengan Superintendan Mustafa Bakri Salleh pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, hari ini. - Foto Togi Marzuki

Mustafa Bakri dilantik Ketua Polis Daerah Pontian

PONTIAN: Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Mustafa Bakri Salleh, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Pontian, berkuat kuasa esok.

Sementara Ketua Polis Daerah Pontian sebelum ini, Superintendan Zakaria Abd Rahman akan mengalih alih tugas Mustafa Bakri.

Zakaria, 54, berkata beliau menghargai jasa semua anggota polis dari pelbagai pangkat yang banyak memberi komitmen selama dua tahun lima bulan beliau berkhidmat di daerah ini.

Beliau berkata, kerjasama pihak terbabit melambangkan kesejahteraan dalam pasukan.

"Pada masa sama, sebagai anggota keselamatan, kita perlu berusaha sedaya upaya menunjukkan komitmen kerja yang tinggi dalam membanteras jenayah sama ada kecil atau besar, " katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah dan Perkep Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Sementara itu, Mohd Khalil berkata, pertukaran jawatan pegawai polis adalah perkara biasa dalam polis dan meminta semua pegawai serta anggota polis komited dengan tugas mereka.

"Apapun jawatan yang disandang dan bertukar lokasi bertugas, polis mempunyai matlamat yang sama iaitu menjaga keamanan dan kesejahteraan negara," katanya.

392 dibaca
Berita Harian X