Ahad, 14 Januari 2018 | 11:24am

Berbasikal sambil pupuk rasa cintakan alam sekitar

PUTRAJAYA: Seramai 1,440 peserta menyertai program berbasikal santai Nature Fun Ride 2018 yang julung kali dianjurkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di sini hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Hamim Samuri,

berkata melalui program kayuhan santai yang diadakan dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

"Tahap kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar masih lagi berada pada tahap yang sederhana.

"Justeru semua pihak perlu meningkatkan kefahaman mereka supaya usaha memelihara alam sekitar terus dipertingkatkan dan bukannya meletakkan tanggungjawab ini kepada kerajaan sahaja," katanya kepada media selepas pelepasan program Nature Fun Ride 2018, di sini hari ini.

Sebanyak 12 agensi di bawah kementerian itu juga turut mengadakan aktiviti menarik kepada orang ramai termasuk memberikan informasi peranan agensi kepada masyarakat.

Hamim berkata, generasi baharu akan mengucapkan terima kasih kerana pendekatan masyarakat hari ini dalam menjaga alam sekitar.

"Persekitaran yang bersih ini pastinya dapat memberikan manfaat kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih sihat.

"Selain aktiviti berbasikal ini, program itu turut mengadakan pertandingan HamimYokk Ledang's Challenge iaitu pertandingan permainan aplikasi telefon pintar yang pertama di negara ini yang berkonsepkan eko-pelancongan," katanya.

243 dibaca
HAMIM bersama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Azizan Ahmad (kanan) dan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Suhaimi Mamat (kiri) melepaskan peserta Nature Fun Ride 2018 di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PESERTA Nature Fun Ride 2018 di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PESERTA Nature Fun Ride 2018 di Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »