Selasa, 13 Februari 2018 | 3:49pm
MUHAMMAD Fakhri Hakim Mohd Fazil, berusia setahun dari Kampung Batu 11 menghidap penyakit kegagalan hati berfungsi memerlukan dana berjumlah RM250,000 bagi menampung kos rawatan bagi pemindahan hati ketika ditemui di Hospital Tanah Merah. - Foto Mohamed Sahidi Yusoff

Budak setahun perlu dana rawat penyakit hati

TANAH MERAH: Sepasang suami isteri merayu bantuan membiayai rawatan anak mereka berumur setahun, Muhammad Fakhri Hakim Mohd Fazil yang menghidap penyakit kegagalan hati berfungsi.

Noorinie Stofar, 31, dan suami, Mohd Fazil Othman, 34, dari Kampung Batu 11 di sini, kini buntu untuk mendapatkan dana berjumlah RM250,000 bagi menampung kos rawatan pemindahan hati Muhammad Fakhri Hakim.

Noorinie berkata, rawatan itu perlu disegerakan kerana tahap kesihatan anak bongsu daripada dua beradik itu semakin membimbangkan.

"Setakat ini, wang berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai ialah kira-kira RM50,000 dan masih jauh daripada mencukupi jumlah diperlukan.

"Justeru, kami mengharapkan simpati orang ramai terus menghulurkan sumbangan agar dana diperlukan mencukupi, sekali gus membolehkan anak segera menjalani pembedahan pemindahan hati di China," katanya kepada pemberita di Hospital Tanah Merah di sini, hari ini.

Noorinie berkata, anaknya itu dikesan menghidap penyakit hati sejak lahir dan menjalani pembedahan dalam tempoh 65 hari.

"Bagaimanapun, doktor menasihatkan supaya Hakimi perlu segera menjalani rawatan lanjut dan melakukan pemindahan hati di China," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menyalurkannya ke akaun CIMB Bank 7623 1303 89 atas nama Noorinie Stofar atau menghubungi talian 019-9141775.

talian 019-9141775.

510 dibaca
Berita Harian X