Ahad, 11 Februari 2018 | 8:19pm
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed serta Datuk Daing A Malek Daing A Rahaman (kiri) di Istana Pasir Pelangi Johor Bahru. - Foto Ihsan Royal Press Office
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed turut hadir Datuk Daing A Malek Daing A Rahaman (kanan) di Istana Pasir Pelangi Johor Bahru. - Foto Ihsan Royal Press Office

TPM mengadap Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Kenderaan yang membawa Ahmad Zahid itu memasuki pekarangan Istana pada jam 5 petang. Yang turut serta, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sultan Ibrahim menerusi Facebook rasminya bertitah, pelbagai perkara dibincangkan bersama Ahmad Zahid dalam pertemuan selama sejam itu.

Ahmad Zahid kemudian mengiringi baginda ke majlis santapan ringan sebelum pulang pada jam 6 petang.

Terdahulu Ahmad Zahid yang dalam lawatan kerja dua hari ke Johor melancarkan projek pembinaan semula jalan Persekutuan Yong Peng - Segamat, Taman Tenang Jaya, di Tenang Stesen, Segamat, pagi tadi.


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Istana Pasir Pelangi Johor Bahru. - Foto Ihsan Royal Press Office

Petang tadi, Timbalan Perdana Menteri hadir merasmikan Program Konsep GetOut The Voters

(GOTV) 2314 Siri 2, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada), dekat sini.

Malam tadi, beliau menghadiri Majlis Makan Malam bersama pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Johor. Petangnya, beliau menghadiri Majlis Bersama Pemimpin Negara Sempena Minggu Haluan Siswa (MHS) Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2017/2018, di Dewan Tunku Mahkota Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

4679 dibaca
Berita Harian X