Jumaat, 12 Oktober 2018 | 9:21am

2 maut, 7 parah dalam kemalangan di NKVE

PETALING JAYA: Dua maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga lori dengan sebuah kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa yang maut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu adalah masing-masing seorang wanita dan seorang lelaki.

"Tujuh lagi mangsa yang parah dalam kemalangan itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan.


DUA maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga lori dengan sebuah kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang. - Foto ihsan Polis

"Maklumat lanjut berhubung kejadian itu akan dimaklumkan kemudian. Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif bagi mengelakkan kesesakan," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan di laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sehingga jam 7.41 pagi tadi, lorong kanan dan tengah dari arah selatan masih ditutup.

Trafik sesak bermula dari Setia Alam dan Bukit Lanjan ke lokasi. Orang ramai dinasihat menggunakan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) kepada pengguna dari Rawang ke Shah Alam.

Kerja pengalihan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu sedang dijalankan.

4506 dibaca
DUA maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga lori dengan sebuah kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang. - Foto ihsan Polis
DUA maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga lori dengan sebuah kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang. - Foto ihsan Polis
DUA maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga lori dengan sebuah kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang. - Foto ihsan Polis
DUA maut manakala tujuh lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga lori dengan sebuah kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Damansara menghala ke Plaza Tol Subang. - Foto ihsan Polis
Berita Harian X