Ahad, 13 Ogos 2017 | 6:18pm
Mazlan menunjukkan foto fit 15 suspek ahli Geng 24 Apache yang diburu menerusi Ops Regimen. - Foto Nor Azizah Mokhtar

Ahli Geng 24 Apache didakwa esok

PETALING JAYA: Seramai 33 ahli kongsi gelap Geng 24 Apache dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Klang, esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata mereka ditahan menerusi Ops Cantas Khas yang dijalankan bermula 17 Julai lalu di daerah Klang dan sekitar Selangor.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 130V dan 130W Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan membantu kumpulan jenayah terancang.

"Semua suspek direman 29 hari mengikut Seksyen 4(5) Akta Kesalahan dan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012 sebelum didakwa di mahkamah esok," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Polis Selangor dan Komuniti Bersama Memerangi Jenayah di Sekolah Sri KDU, Kota Damansara.

Hadir sama, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Mazlan berkata, semua 33 suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang kira-kira jam 8 pagi esok dengan kawalan ketat 159 anggota dan pegawai polis lengkap bersenjata.

"Ini adalah kes berprofil tinggi, justeru kita memperketatkan kawalan ke atas mereka," katanya.

Pada masa sama, Mazlan berkata, pihaknya giat memburu 15 suspek saki baki ahli kongsi gelap Geng 24 Apache yang masih bebas menerusi Ops Regimen Khas.

"Kumpulan ini terbabit dalam aktiviti jenayah seperti bunuh, samun, culik, pengedaran dadah dan peras ugut kawasan tapak projek.

"Mereka turut melakukan pemerasan ke atas pusat hiburan dengan meletakkan ahli geng sebagai sekuriti di kawasan atau premis terbabit, selain aktif merekrut pelajar di sekitar Klang," katanya.

SENARAI AHLI GENG 24 APACHE YANG DIBURU

A Sivabala, 30

Alamat terakhir: No 86 Jalan 10, Pandamaran Indah, Klang.

M Komandass, 37

Alamat terakhir: No. 36 Lorong Selar 1, Jalan Tepi Sungai Klang

R Ragunathan, 27

Alamat terakhir: No. 30 Lorong Sutera 3, Taman Maznah, Klang

P Vellasamy, 35

Alamat terakhir: No. 32 Jalan Hulubalang 28, Taman Sentosa, Klang

A Sinakaruppan, 29

Alamat terakhir: Lot 2884 Kampung Jawa Sungai Kandis, Jalan Kampung Jawa, Klang

K Murugan, 40

Alamat terakhir: No. 1 Lorong Dato Abd Hamid 20, Taman Sri Sentosa, Klang

N Hilavarasan, 25

Alamat terakhir: No. 3 Lorong Kerongsang 10A Bandar Puteri Klang

R Suthagar, 39

Alamat terakhir: No 73 Jalan Takwa 25/27 Taman Seri Muda Shah Alam

G Prabakaran , 32

Alamat terakhir: No. 5 Jalan Nagasari 36/1 Taman Desa Latania, Seksyen 36, Shah Alam

A Ramakrishnan, 32

Alamat terakhir: D-45 Apartmen Bayu Villa, Jalan Batu Unjur 10, Taman Bayu Perdana, Klang

A Parameswaran, 37

Alamat terakhir: B-6 Lot 9879 Batu 4, Jalan Sellathevan Kampung Jawa, Klang

P Jayanathan, 39,

Alamat terakhir: No. 12 Jalan Dato Yusuf Shahbudin 3, Taman Sentosa Klang

L Sathiya Seelan, 34,

Alamat terakhir: No. 13 Batu 21/2 Kampung Jawa, Klang

M Thilip Kumar, 32,

Alamat terakhir: Lot 6292C Sungai Pinang, Batu 2, Jalan Kapar, Klang

S Harvindran, 21,

Alamat terakhir: Lot 10435 21 Jalan Kampung Jawa 4, Klang

2330 dibaca
Berita Harian X